Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku
akibat penentangan yang dilancarkan olehMusailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap
kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu
Bakar.
Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah
menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan
dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim
ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah
sendiri.
Bagi tentera Islam, Khalid mengatur
strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri
dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid
sendiri.
Pada peringkat awalnya, tentera Islam berjaya mengasak
pasukan pemberontak murtad sehingga pasukan pemberontak murtad terdesak dan
bertahan untuk seketika. Setelah berjaya bertahan dari serangan tentera Islam,
Musailamah dengan pantas mengarahkan pasukannya menyerang balas dengan
mengarahkan seluruh kekuatan sayapnya untuk menyerang bahagian tengah tentera
Islam. Ketika ini, tentera Islam pula terdesak dan berundur. Khalid
ibn al-Walidmerasakan pertahanan tentera Islam semakin
terdesak memandangkan ramai tentera Islam yang syahid mengarahkan tenteranya berundur dari medan pertempuran.
Semasa proses pengunduran, Khalid membuat penyusunan semula
barisan tentera Islam. Beliau menyedari bahawa tentera Islam yang datang dari
pelbagai suku kaum tidak patut dicampurkan dalam satu batalion dalam menghadapi pasukan pemberontak murtad yang berasal dari
suku kaum Bani Hanifah. Lalu
Khalid memecahkan tenteranya mengikut suku kaum masing-masing dengan ketua skuad kecil dilantik dari kalangan suku kaum itu sendiri.
Setelah membuat penyusunan semula, Khalid mengarahkan tentera
Islam membuat serangan terhadap pemberontak murtad. Kali ini, taktik serangan berskala kecil dalam
menghadapi pasukan pemberontak dalam satu batalion berjaya. Pasukan Musailamah
yang semakin terdesak terpaksa berundur dan pembantu Musailamah, Muhakim ibn
Tufail mengarahkan pasukannya berundur ke kota lindungan pasukan pemberontak
murtad. Namun, Muhakim sendiri terkorban ketika menyelamatkan diri daripada
serangan bertali arus tentera Islam.
Setelah berjaya berundur, Musailamah bertahan di dalam
kotanya yang dipanggil Taman
Pemurah. Namun, tentera Islam berjaya mengasak dan mengawal pintu masuk
kota kaum pemberontak murtad. Ini menyebabkan ramai pasukan Musailamah
terkorban termasuk Musailamah sendiri sehingga kota ini digelar Taman Maut.
Selepas kematian Musailamah, lenyaplah pemberontakan yang
dilancarkan oleh kumpulan murtad.
Sumber:
Wikipedia