Semakin hari dunia ini telah banyak melalaikan manusia kepada tuntutan yang sebenarnya. Apa yang menyedihkan kelalaian ini banyak menimpa umat Islam.
Kita disogok dengan pelbagai hiburan & reaksi kita terhadap hiburan itu amat ketara seolah-olah terlalu dahagakan hiburan sehinggakan kita sanggup menghabiskan sebahagian dari masa & umur kita untuk berhibur.
Islam tidak pernah melarang untuk seseorang itu untuk berhibur. Cuma Islam meletakkan had kepada hiburan supaya tidak terus hanyut & lupa tentang tujuan sebenar & utama mengapa kita dijadikan oleh ALLAH S.W.T.
Seharusnya kita sebagai umat Islam lebih mengutamakan Ibadah, apa jua bentuk ibadah yang diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W seharusnya kita amalkan sepanjang masa.
Hiburan kita jadikan hanya waktu rehat kita setelah penat beribadah.
Hiburan kita jadikan hanya waktu rehat kita setelah penat beribadah.
Wallahua'lam.
#Hairi2u #DemiCinta #MestiShare
#Hairi2u #DemiCinta #MestiShare