Saturday, November 15, 2014


Jelas sekali, segalanya adalah tipu daya iblis & syaitan laknatullah. Segala maksiat yang terhidang dihadapan kita samaada ianya melalui alam nyata, alam maya, media cetak, elektronik & apa sahaja yang wujud semuanya telah diperelokkan oleh iblis & syaitan supaya hati kita suka & seronok dengannya.

Sebagai contoh, banyak diantara bentuk hiburan yang melampau yang jelas mengandungi unsur maksiat seperti percampuran lelaki & wanita tanpa batasan. iblis & syaitan ini akan menumpukan perhatian kita kepada tarian & nyanyian yang indak kononnya sehingga kita lupa bahawasanya majlis itu adalah dibenci ALLAH.

Oleh yang demikian, sentiasalah kita membuka hati kita, melihat dari kanta syarak dari sudut halal & haram supaya kita tidak terjerat dengan tipu daya iblis & syaitan ini. Wallahu'alam.