Kelebihan mengamalkan bacaan ayat ini selepas selesai Solat Subuh & Maghrib.
Syaratnya, selesai sahaja solat, kekalkan kedudukan dalam kedudukan duduk tahayat akhir tanpa gerak & tanpa bercakap perkara lain.
kemudian, bacalah ayat ini sebanyak 10 kali.
Fadhilatnya seperti hadis hassan yang diriwayatkan oleh Abu Dzar: Ditulis 10 pahala kebajikan, diangkat 10 dosa kejahatan, diangkat 10 darjat kedudukan, terhindar dari musibah pada hari itu, terbenteng dari syaitan pada hari tersebut, tidak akan ada dosa yang akan membinasakan dirinya pada hari tersebut kecuali dosa syirik.