Masih Ada Peluang, bertaubatlah...
Masih belum terlambat, tinggalkanlah semua aktiviti yang tidak berfaedah sementara masih ada waktu. Kita tidak akan pernah tahu bilakah masanya kita akan kembali.
Sudah pasti kita ingin kembali dalam keadaan yang terbaik yakni kembali dalam keadaan Husnul Khotimah. Oleh yang demikian, jangan biarkan cita-cita kita ini hanya meniti dibibir tetapi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya dengan Iman & Taqwa.