Wednesday, December 30, 2015



Saya yakin setiap dari kita mengimpikan untuk bertemu Baginda Rasulullah S.A.W samaada sekadar dalam mimpi apatahlagi secara nyata.

Namun tahukah anda semua bahawa impian kita itu boleh menjadi kenyataan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dengan seikhlas hati.

Perkara ini telah terbukti melalui banyak kisah yang kita lihat & dengar disekeliling kita. Alangkah indahnya jika dapat bertermu & melihat wajah suci Baginda Rasulullah S.A.W.

Antara kisah yang terkenal tentang manusia terpilih yang telah bertemu Baginda Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut:-





Berikut adalah antara doa-doa yang boleh kita amalkan untuk kita bertemu Baginda Rasulullah S.A.W:-




Berikut adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang Ulama yang boleh kita jadikan contoh untuk kita amalkan bagi bertemu Baginda Rasulullah S.A.W.:-

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang Ulama telah bertemu Ulama' syria sewaktu membuat haji 20 tahun yang lalu, selepas tragedi pembunuhan beramai-ramai hama, Syria. ( 2 – 28 Februari 1982 ).

Ulama itu menceritakan, seorang wanita telah datang bertemunya dengan menangis tidak henti-henti.

Pada mulanya Ulama' tersebut menyangka ada orang menyakiti dia atau membunuh anak atau membunuhnya bapanya kerana keadaan pada masa itu amat sukar.

Sehinggalah dia berenti menangis, barulah Ulama' tadi bertanya, "Apa halnya? kenapa menangis?".

Perempuan itu menjawab, "Sudah 3 hari berlalu tanpa aku melihat Nabi".

Ulama' itu bertanya, "Jadi inikah sebabnya kamu menangis", dia menjawab, "Ya".

Ulama' itu bertanya semula, "Jadi sebelum ini setiap malam kamu berjumpa nabi?".

Perempuan itu menjawab, "Ya setiap malam saya berjumpa Nabi, Tapi sudah 3 malam berlalu & saya tak tahu apa bala yg menimpa saya atau apa dosa saya. saya bertaubat kerananya & saya menangis kerana ini."

Ulama' itu bertanya lagi, "Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?".

Perempuan tadi menjawab, "15,000 kali sehari."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melalui kisah ini dapatlah kita jadikan amalan yang diamalkan oleh perempuan diatas sebagai panduan untuk kita bertemu Baginda Rasulullah disamping kita amalkan juga doa-doa yang disediakan diatas.

Jangan lupa, amalkan juga sebarang amalan Sunnah yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita sehari-hari.

Secara ringkasnya, TIPS untuk kita bertemu Baginda Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut:-
  1. Amalkan 2 Doa diatas.
  2. Berselawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W sebanyak 15,000 kali sehari.
  3. Amalkan Sunnah Baginda Rasulullah S.A.W sebanyak yang mampu.
  4. Tambahan; Redholah bahawa Baginda Rasulullah S.A.W adalah Nabi & Rasul kita.
Semoga Tips yang dikongsikan ini memberi manafaat kepada kita bersama #DemiCinta kita terhadap Baginda Rasulullah S.A.W.

Wallahua'lam.
#Hairi2u #DemiCinta #MestiShare