Wednesday, October 22, 2014

Ramai diantara kita yang memandang remeh tentang kesihatan diri mereka sendiri termasuk diri saya sendiri.

Ramai yang tidak menyedari bahawa kesihatan ini adalah merupakan satu rezeki yang diberikan oleh ALLAH kepada kita semua.

Apabila kita menyebut tentang rezeki maka ianya berkait rapat dengan nikmat kerana rezeki yang kita perolehi melalui kesihatan ini memberikan kita menikmati nikmat kehidupan.

Oleh itu, jagalah kesihatan diri kita dari semasa ke semasa. Ini kerana dengan doa, usaha & tawakal kita pasti ALLAH akan memberikan kita kesihatan yang berpanjangan...amiinn.

Tetapi dengan kesihatan yang dianugerahkan ALLAH kepada kita, jangan membuatkan kita lalai & kufur kepada nikmat tersebut.

Laksanakanlah segala perintah ALLAH dengan nikmat kesihatan yang diberikan & jauhi segala laranganNYA juga dengan kesihatan yang diberikan.

Manafaatkan kesihatan yang diberikan untuk beribadat & berkhidmat untuk ALLAH & Islam. InsyaALLAH nikmat yang digunakan untuk jalan ALLAH walaupun seketika pasti akan memberi makna disisi ALLAH.

Jangan sampai apabila kesihatan yang diberikan ditarik ALLAH barulah kita hendak bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah & amal soleh. Pada ketika itu semuanya akan menjadi satu beban ujian yang besar buat kita.

Wallahu'alam.