Sedangkan anjing menjilat air dalam baldi pun baldi tersebut perlu disamak, apatah lagi memeluk anjing.
Kita disuruh untuk mengasihi binatang tetapi untuk 2 jenis binatang yang diharamkan ini kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, kita boleh menunjukkan kasih sayang kepada anjing dengan memberi makan & minum ataupun selamatkan ia dari bahaya & kemudharatan.
Pernah berlaku peristiwa yang diceritakan pada zaman para Ambiya', kisah seorang wanita yang dijanjikan syurga kerana memberi makan kepada seekor anjing. Ini jelas menunjukkan yang kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Tidak perlu membelai & memeluk.
Wallahu'alam.