Sunday, October 26, 2014

Ramai diantara kita yang memandang ringan tentang doa selepas azan.

Perkara ini jelas kita lihat dari reaksi orang di sekeliling kita. Azan dikumandangkan seolah-olah tidak memberi makna.

Walaupun jelas tuntutannya hanyalah sunnah tapi demi cinta kita sepatutnya menghargainya kerana kita masih mampu mendengarnya.

Fenomena tidak endahkan azan & membaca dia selepas azan ini boleh kita lihat dimana-mana malah di kalangan pelajar-pelajar persekitaran Islam sendiri seperti di institusi pengajian tinggi Islam sendiri. Sungguh menyedihkan.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua diantara kita untuk hormatilah azan & ambillah masa kurang dari 5 minit untuk membaca & mengaminkan doa.

Wallahu'alam.