Intisari :-
- Apakah hukum solat dengan memakai baju lengan pendek - Aurat lelaki ketika solat adalah dari pusat hingga lutut. Begitu juga aurat lelaki dengan Mahramnya yakni dari pusat ke lutut. Namun aurat dengan bukan mahram adalah berbeza.
- Tabur Bunga atas Kubur - meletakkan benda hidup diatas kubur adalah bertujuan untuk benda hidup itu bertasbih kepada ALLAH selagi benda hidup itu tidak mati.
- Menghantar anak yang suka mencuri ke Pondok - jawapan UAI, tidak sesuai kerana akan bertambah lagi masalah. Seharusnya hantar anak-anak bermasalah ke tempat yang lebih sesuai.
- Adakah solat & puasa sah sebab saya membeli rumah dengan pinjaman riba - sah sbb dosa hanya kepada urusan muamalat riba tadi sahaja. Kecuali membeli pakaian utk solat dengan duit haram.
- Kafarah suami isteri yang bersama pada bulan Ramadhan semasa sedang berpuasa - hukumannya puasa 2 bulan berturut-turut. Hukuman perlu dilaksanakan oleh si suami sahaja, Isteri hanya perlu qada' puasa yang ditinggalkan. Syarat jatuh kafarah adalah 1. Sengaja, 2. Dalam waktu puasa.
Dan banyak lagi.