Kurangkan Ketawa, banyak ketawa, Hati Mati.
Hari ini kita banyak sangat dihidangkan oleh rancangan lawak di dalam kaca TV. Boleh dikatakan banyak rangkaian TV yang berlumba-lumba untuk menyiarkan rancangan berbentuk lawak & jenaka kepada penonton.
Ini kerana tidak lain & tidak bukan adalah disebabkan orang ramai suka menonton rancangan sedemikian.
Namun sedarkan kita, sebenarnya semakin hari, kita semakin membunuh hati kita sendiri???!!!.
Larangan Baginda Rasulullah S.A.W adalah jelas, banyak ketawa akan membawa kepada matinya hati.
Didalam Islam, hiburan itu tidak ada salahnya, bahkan Baginda Rasulullah S.A.W pernah menyediakan satu sudut kepada sahabatnya yakni Saidina Hassan ibnu Tsabit untuk menyampaikan Syair Keislaman kepada semua orang.
Hiburan juga adalah merupakan satu alat utk merehatkan diri setelah penat beribadah.
Bukannya sebaliknya seperti yang berlaku sekarang, kita banyak berhibur & apabila penat berhibur barulah kita melakukan ibadah, bahkan ada juga yang terlalu banyak berhibur sehingga lupa terus untuk beribadah.
Ini realitinya hari yang masih boleh kita tukar. Hiburan yang melampau yang membuatkan kita banyak ketawa ini telah menyebabkan hati kita susah untuk menerima kebaikan apatah lagi untuk melakukan kebaikan.
Oleh itu, seimbangkanlah tawa kita itu dengan tangisan, tangisan menyesali dosa yang kita lakukan, tangisan yang mencari Redha ALLAH.
Jika mampu, usahakanlah untuk mencontohi cara Baginda Rasulullah S.A.W ketawa iaitu dengan hanya tersenyum, membuka sedikit mulut tanpa mengeluarkan bunyi yang terbahak-bahak.
Jika tidak mampu, cukuplah sekadar kita kurangkan ketawa. Elakkan menonton rancangan lawak terlalu kerap. Mungkin boleh dikurangkan hanya 1 jam seminggu.
Terpulang kepada usaha & kemampuan masing-masing. Apa yang penting hati kita sentiasa segar & sentiasa mudah mengingati ALLAH.
Wallahua'alam.