Nikmat yang paling besar yang sering kita lupai atau mungkin tidak kita sedari.
Tidak lain & tidak bukan yakni ISLAM & IMAN.
Cuba kita bayangkan, jika kita dilahirkan didalam keluarga bukan Islam (belum Islam), apakah peratusan kita untuk menerima Islam?..
Adakah kita akan memeluk Islam?, adakah kita akan mengenal Islam seperti sekarang?...
Saya yakin tidak ada seorang pun yang boleh memberikan jawapan pasti kerana hidayah itu jelas hanya milik ALLAH.
Oleh itu, bersyukurlah sesungguh-sungguhnya kerana ALLAH memilih kita untuk mengenal Islam sejak dari kita dilahirkan lagi.
Mendapat Islam dari keturunan kita yang sudah sedia ada Islam. Sesungguhnya inilah nikmat yang paling besar dari ALLAH.
Seharusnya kita patut menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dengan memperhambakan diri bersungguh-sungguh kepada ALLAH untuk mencari keredhaanNYA
Wallahua'lam. #DemiCinta #MestiShare