Selagi kita bergelar manusia, kita pasti tidak dapat lari dari kesilapan & kesalahan.
Setiap saat tanpa kita sedar, penglihatan, pendengaran, lisan & pancaindera kita yang lain terus melakukan dosa.
Dengan terlihat aurat seseorang disekeliling kita juga telah membuatkan kita berdosa.
Namun ALLAH itu Maha Pengasih & Penyayang. Begitu kita mudah terdedah kepada dosa, mudah jua untuk kita menebus dosa-dosa tersebut bahkan ditambah pula dengan pahala.
Apa yang perlu kita lakukan hanya memohon ampun kepada ALLAH diatas dosa yang kita lakukan. Untuk memohon ampun pula tidak perlu untuk kita duduk diatas tikar sejadah.
Dimana-mana sahaja kita boleh menyatakan penyesalan kita diatas dosa yang telah kita lakukan. Cuma dari segi lafaz memerlukan kita tidak membuat lafaz suci didalam tandas & tempat bernajis.
Untuk memohon ampun juga tidak memerlukan kita menyusun ayat yang panjang seperti mana ayat semasa bermunajat atau bertaubat kepada ALLAH.
Cukup sekadar melafazkan "Astagfirullah Hal Azil" dengan penuh penyesalan kepada dosa yang kita lakukan.
InsyaALLAH, jika penyesalan kita ikhlas pasti ALLAH akan mengampunkan dosa kita.
Bukankah mudah!!, namun harus diingat jangan sesekali sengaja melakukan dosa terutama dosa- dosa besar.
Ingatlah ALLAH sentiasa melihat gerak-hari kit walau di pelusuk mana pun kita berada.
Setiap kali terdetik untuk melakukan dosa & maksiat, bersegeralah ingat kepada ALLAH & beristighfar.
InsyaALLAH, ALLAH akan melindungi kita...amiinn
Wallahua'lam.