Baru-baru ini ada sedutan dari sebuah rancangan yang menyebut berbunyi "kalu aku bergaduh dengan mak aku".
Persoalannya, tidakkah pernyataan sebegini menunjukkan satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat.
Jika ada anak-anak yang melihat rancangan tersebut, sedikit sebanyak memberikan satu suntikan negatif kepada mereka.
Pernyataan sebegini boleh memberikan tanggapan kepada anak-anak kita bahawa anak boleh bergaduh dengan Ibunya. Walhal, perkara sebegini dilarang keras didalam Islam.
Anak yang mengeluarkan kata "huh" sahaja sudah tidak akan dapat mencium bau Syurga, inikan pula "bergaduh dengan mak".
Oleh itu, para celebriti perlu untuk lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan walaupun dalam keadaan lawak atau bergurau.
Ini kerana tv kini memainkan peranan yang agak penting dalam memberi contoh kepada masyarakat kita terutamanya kanak-kanak.
Wallahua'lam.
#Hairi2u #DemiCinta #MestiShare