Friday, June 05, 2015

Ramai diantara kita hari ini yang leka & lalai dengan kehidupan dunia.

Ramai yang berpusu-pusu berkejaran untuk mencari harta kekayaan demi mencapai hidup yang paling sempurna.

Segalanya itu tidak menjadi salah, bahkan Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki seolah-olah hidup 1000 tahun lagi.

Namun, malangnya ada yang meninggalkan sebahagian pesanan itu, yakni, beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.

Oleh itu, utamakanlah akhirat kerana disanalah tempat rehat kita yang kekal abadi yang penuh nikmat.

Dunia hanya tempat persinggahan sementara kita untuk mencari bekalan di akhirat.

Sekali kita melangkah meninggalkan dunia, pasti tidak ada jalan untuk kita kembali.

Jika baik amalan kita maka baiklah balasan disana, begitulah jua sebaliknya.

Jadi, apa tunggu lagi, sujudlah segera kepada ALLAH, laksanakan suruhanNYA & tinggalkan laranganNYA sementara masih ada waktu.

Wallahu'alam.