Kisah Hidup Rasul Akhir Zaman: Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di Makkah pada tahun 570 Masihi, iaitu 53 tahun sebelum Hijrah.
Tahun kelahiran baginda juga dinamakan tahun Gajah, kerana pada tahun yang sama tentera bergajah Abrahah telah menyerang Makkah.
Namun begitu dengan kuasa ALLAH, tentera Abrahah telah ditewaskan oleh burung Ababil yang menjatuhkan batu-baru panas,.
Ayah baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutalib, manakala ibu baginda bernama Aminah binti Wahab.
Ayah baginda telah meninggal dunia ketika baginda masih berada didalam kandungan ibunya.
Selepas dilahirkan, baginda dipelihara oleh ibunya sebelum diserahkan kepada Halimatul Saadiah untuk disusukan sehingga berumur 2 tahun dan tinggal di kawasan perkampungan.
Apabila tamat tempoh penjagaan, baginda telah diambil semula oleh ibunya.
Apabila umur baginda mencapai 6 tahun, ibu baginda pula telah meninggal dunia semasa baginda dan ibunya didalam perjalanan pulang menziarahi keluarganya di Madinah.
Setelah itu, baginda kemudian telah dipelihara oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib, sewaktu baginda mencapai 8 tahun, datuk baginda pula telah meninggal dunia.
Kemudian, baginda telah dipelihara oleh bapa saudaranya yang bernama Abu Talib bin Abdul Mutalib.