Banyak yang harus kita syukuri didalam kehidupan ini sebagai seorang Manusia yang beriman.
Syukur diatas nikmat yang terbesar yakni, Islam & Iman.
Tanpa sebarang pilihan & dengan kehendak ALLAH, kita telah dipilih oleh ALLAH untuk Lahir didalam keluarga Islam.
Cuba kita bayangkan, apakah yang akan terjadi kepada kita jika kita lahir dalam keluarga bukan Islam?.
Adakah kita akan menjadi seorang Islam?, jawapannya jelas, belum tentu kerana hidayah itu milik ALLAH.
Oleh itu, bersyukurlah kerana ALLAH telah memilih kita untuk mengenal Islam sejak kita lahir dimuka bumi ini.
Bersyukurlah dengan sentiasa mengingati ALLAH dengan zikir, melakukan apa sahaja yang disuruh & meninggalkan apa sahaja yang dilarang tanpa soal.
Nikmat seterusnya yang harus kita hargai & syukuri adalah menjadi Umat Nabi Muhammad S.A.W.
Sedar atau tidak, kita merupakan umat yang bertuah kerana dikurniakan ALLAH seorang Nabi yang sempurna & paling ulung.
Baginda diberikan ALLAH kelebihan untuk memberikan Syafaat kepada umat Baginda.
Sesungguhnya kita sebagai hamba, amat memerlukan Syafaat Rasulullah S.A.W apabila berada dipadang Mahsyar nanti.
Kenikmatan lain sudah jelas, dari segi rezeki, rahmat & kasih sayang ALLAH kepada kita semua telah kita nikmati.
Oleh itu, perbanyakkan bersyukur kepada ALLAH #DemiCinta.
#Wallahu'alam